KISAH TUN MAHATHIR YANG TIDAK DICERITAKAN...
Kisah ni takda kena mengena dengan politik, Cuma admin nak share dengan
semua pembaca APT... seorang pemimpin yang admin kagum. Tinggalkan
politik sementara dan cuba baca jasa beliau dan isteri Tun Siti Hasmah pernah sumbangkan...
"Dari segi apa kamu menghukum Tun Dr Mahathir tidak memperjuangkan
Islam ? Dari segi apa ? Tahukah anda Tun M pernah DITEMBAK di bahu kanan
beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu
ketika dahulu. Tapi beliau tak nak cerita pada sesiapa pun.
Malah, sebelum itu, Beberapa ahli kabinet beliau offer untuk pergi tapi
beliau enggan.... Beliau kata "tak pa lah, kalau hangpa mati sapa nak
jaga negara, biar saya pi sorang ja"
Kisah ini diceritakan
sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati
beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau:
1. Dia lah
yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia
Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.
2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa
masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika
era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia
ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar
sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.
3. Dia juga lah berpakat
dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta
dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera
Islam di Bosnia.
4. Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.
5. Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.
6. Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah
menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam
demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.
7. Dia lah
yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman
Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam
dimata dunia.
8. Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.
9. Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan
kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam
KAABAH.
10. Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.
Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya
meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya
Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan
negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari
barat yang jelas muflis idealistiknya..
Siapa dia? Ya.. dialah..
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia
yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia...
No comments:
Post a Comment